Admin Website

Selamat datang ke Kedai Online Produk Rhizo Azzahra, boleh baca info info di bawah ini, jika ada soalan dan pertanyaan boleh hubungi admin, terima kasih

ADMIN 1

SUHAIMI IBERAHIM
012-6213042

 

ADMIN 2

NURSHEHA ABU HASSAN
019-6504310

 

Menu Utama

Halaman Utama
TESTIMONI
FAQ
CARA TEMPAHAN
KANDUNGAN
SENARAI EJEN
PETUA GOUT

INFO RHIZO AZZAHRA

 

 

 

 

 

PETUA HILANGKAN GOUT


Amalkan lima petua ini jika anda menghidap penyakit gout

MESKIPUN kita tidak dapat menjangkakan bila penyakit gout bakal berlaku, namun terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkkan diri anda daripada diserang penyakit tersebut.
Tidak lain tidak bukan, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Memetik laporan Practical Pain Management, ini merupakan beberapa petua yang boleh anda ikuti bagi mencegah serangan gout termasuk komplikasi gout seperti penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.
 
1. Hadkan alkohol dan lebihkan makanan kaya dengan protein

 

Apabila anda menghidap gout, anda harus mengelakkan makanan yang kaya dengan zat protein seperti daging berlemak dan kerang. Hadkan juga pengambilan minuman beralkohol terutamanya bir kerana ia dapat meningkatkan kadar asid urik anda.
Berita baiknya ialah makan makanan tertentu, seperti ceri, kopi, dan makanan yang kaya dengan vitamin C, dapat membantu mencegah serangan gout.
Juga, sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, anda harus minum banyak air. Ini sangat penting jika anda menghidap gout kerana dengan kekal hidrat, ia dapat membantu mengeluarkan asid urik dan mencegah pembentukan asid urik dalam tubuh badan.

 

2. Kurangkan stres atau tekanan dalam hidup anda

 

Tekanan stres boleh mencetuskan serangan gout, dan dapat memburukkan keadaan gejala serangan gout. Walaupun, mustahil untuk menghilangkan semua tekanan anda, terdapat beberapa cara untuk membantu mengurangkannya. Sekiranya anda mengalami serangan gout, mengurangkan tekanan anda juga dapat membantu anda mefokuskan perhatian kepada perkara-perkara selain kesakitan.
Jadi, apakah teknik pengurusan tekanan yang berfungsi untuk gout? Cuba aktiviti yang menenangkan minda, seperti meditasi dan mengambil pernafasan dalam. Ini sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan tekanan.

 

3. Bersenam dengan kerap

 

Kekal aktif secara fizikal adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat dan ini dapat membantu cegah serangan gout pada masa depan. Antara banyak faedah bersenam dengan gout, ini dapat membantu menurunkan berat badan (jika perlu).
Berat badan berlebihan atau gemuk adalah faktor risiko penyakit gout, tetapi jika anda sudah mengalami gout, menjaga berat badan yang sihat dapat membantu mencegah serangan gout. Malah, bersenam juga dapat membantu anda menguruskan tekanan dengan berkesan.
Sekiranya anda mengalami serangan gout, anda tidak boleh bersenam sehingga kesakitan anda berkurangan dan sekiranya anda baru cuba untuk bersenam atau sudah lama tidak bersukan, cuba dapatkan sesi perbincangan dengan doktor terlebih dahulu. Sekiranya anda mengalami gejala baru ketika bersenam, segera memberitahu kepada doktor mengenainya.

 

4. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup

 

Rehat dan tidur adalah penting ketika anda menghidap gout. Tidur yang cukup sekitar lapan jam setiap malam dapat membantu anda menguruskan tekanan dan merasa lebih sihat secara keseluruhan.
Rehat yang cukup juga dapat membantu ketika anda mengalami serangan gout. Serangan gout boleh menjadi sangat menyakitkan, dan mungkin sukar untuk bergerak ketika anda mengalami serangan. Pada masa sama, memulihkan sendi yang terjejas semasa serangan dapat membantu anda menguruskan gejala gout.

 

5. Cuba ambil makanan berherba

 

Terdapat beberapa sumber memberitahu bahawa ada sebilangan makanan herba dan makanan lain yang dapat membantu mencegah penyakit gout. Ia termasuk kunyit yang boleh digunakan untuk keadaan keradangan lain selain gout. Selain itu, bromelain, yang terdapat di batang nanas, juga dianggap dapat membantu mencegah penyakit gout.
Lebih banyak kajian perlu dilakukan mengenai keberkesanan makanan tambahan ini untuk gout. Tetapi jika anda berminat untuk mencuba suplemen herba, tanyakan kepada doktor sebelum mengambilnya; mereka mungkin mencadangkan ubat lain yang boleh diambil.
Serangan gout adalah sangat menyakitkan, tetapi dengan mengamalkan gaya hidup sihat ini, ia dapat membantu mencegah serangan gout. Anda tidak perlu membuat perubahan gaya hidup ini sekaligus pada satu masa. Luangkan masa anda sebaik mungkin dan lihat perubahan mana yang paling sesuai untuk anda.

 

RUJUKAN
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/amalkan-lima-petua-ini-jika-anda-menghidap-penyakit-gout-244429


 

Tempah Sekarang sebelum kehabisan stock ???

 
MUJUR ADA RHIZO AZZAHRA

 

 

 

 

 

PENAFIAN : Ini adalah laman web peribadi untuk tujuan promosi bagi pemilik web dan kumpulan tajaannya. Web ini bukan web rasmi bagi syarikat yang menjalankan perniagaan ini. Segala potensi pendapatan yang dinyatakan adalah simulasi dan bergantung kepada usaha individu yang terlibat untuk mencapai sasaran pendapatan yang dicadangkan.
RHIZOAZZAHRA.COM © 2013 : 2024 | Web Design: MOSU45